Adira selamat bersalin anak ke-10 Datuk Red

Iklan

PENYANYI, Adira Suhaimi atau Siti Adira Suhaimi, 27, selamat bersalin cahaya mata perempuan pada jam 1.20 tengah hari, Khamis.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red, menerusi Instagramnya.

Iklan
Iklan

"Allhamdulliahhh...aku sujud syukur kepada Mu Ya ALLAH. Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya, yang membuka pendengarannya serta penglihatannya. Maha Suci ALLAH sebaik-baik Pencipta," tulisnya dengan tanda pagar anak ke-10 dan rezeki yang tidak ternilai.

Selain berkongsi butiran jantina anak, tertera pada laporan itu, penyanyi kelahiran Ranau, Sabah, melahirkan anak seberat 3.35 kilogram secara pembedahan caesarean.

Iklan

Untuk rekod, Adira berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Red sebagai isteri kedua di Songkla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Kemudian, pasangan tersebut menimang cahaya mata pertama bernama Anggerik pada 10 Mac 2017, manakala anak kedua, Assan pada 9 September tahun lalu.

Iklan