Toyota buka pusat 2S di Klang

Iklan
PUSAT servis itu mempunyai 19 ruang servis yang dikendalikan oleh kakitangan berpengalaman

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) membuka satu lagi pusat 2S (servis dan alat ganti) Toyota di Klang, Selangor baru-baru ini.

Dikendalikan oleh PS Otomobil Sdn Bhd cawangan Bukit Tinggi, fasiliti itu akan memberi perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan Toyota di Pandamaran, Bukit Tinggi, Bandar Botanik dan kawasan berhampiran.

Iklan
Iklan

Berdasarkan rekod, PS Otomobil sudah menjadi pengedar Toyota dan bersama UMWT sejak tahun 2015.

PUSAT servis itu mempunyai 19 ruang servis yang dikendalikan oleh kakitangan berpengalaman

Dalam tempoh empat tahun, jumlah jualan dan pelanggannya kian meningkat. Justeru pelaburan baharu dibuat untuk mengembangkan kemudahan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Iklan

Pusat 2S itu mempunyai 19 ruang servis yang dikendalikan oleh kakitangan berpengalaman. Ia juga dilengkapi peralatan khas dan diagnostik yang sesuai.

Ketika kereta diservis, pelanggan boleh berehat di lounge yang selesa.

Iklan
PUSAT 2S di Klang dilengkapi peralatan diagnostik dan peralatan khas yang sesuai.

PS Otomobil terletak di PT 7420 Jalan Kim Chuan, Pandamaran, 42000 Klang, Selangor Darul Ehsan. Maklumat lanjut, layari https://www.toyota.com.my/