Bersatu bukan tempat perlindungan
Iklan
Muhyiddin Yassin - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
PETALING JAYA - Bersatu bukan tempat perlindungan bagi mana-mana pemimpin politik yang mempunyai skandal.
Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mana-mana pemimpin yang mahu berhijrah ke dalam Bersatu kononnya demi rakyat, sebaliknya ingin mencari perlindungan dalam parti itu sama sekali tidak akan diterima.
Iklan
Iklan
Muhyiddin berkata, kemasukan mereka ke dalam Bersatu akan dilakukan secara transparens dan ketat.
"Mereka tidak akan terselamat , baik mereka dalam Bersatu kalau lakukan rasuah itu lagi diluar sana nak cari tempat berlindung supaya tidak dikenakan tindakan itu satu kesilapan besar bagi orang yang terbabit pasal Bersatu bukan tempat mereka bernaung dan berlindung.
Iklan
"Kalau mereka tahu mereka lakukan kesalahan kami nak jelaskan nak masuk terutama Pemimpin Umno kita saring proses saringan kita minta kerjasama SPRM lepas itu polis kalau ada kes jenayah dan kita lakukan saringan politik juga," katanya dalam wawancara khas bersamanya di ibu pejabat Bersatu di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan bahawa kemasukan pemimpin politik daripada parti lain ke dalam Bersatu adalah bagi menyucikan diri mereka dan mencari perlindungan dalam Bersatu.
Iklan
Katanya, Bersatu akan menolak pemimpin parti lain yang mempunyai masalah daripada menyertai parti berkenaan.
"Jika rasa tak sesuai dengan kita ada hak menolak jadi saya nak beri jaminan kita akan lakukan sungguh-sungguh," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Jangan risau Akmal, abang tahu anak muda Melaka mahukan siapa' - Zahid"><meta itemprop="description" content="Suara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyatakan pendirian tidak akan bertanding sekiranya Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) mendapat perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid memberi jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu tidak perlu khuatir mengenai strategi parti dalam menentukan hala tuju menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795110/berita/politik/jangan-risau-akmal-abang-tahu-anak-muda-melaka-mahukan-siapa---zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNo #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T12:28:11.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4g916"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4g916"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4g916"></script>