Ajal langgar tiang elektrik

Iklan
Seorang lelaki maut selepas SUV yang dipandunya melanggar tiang elektrik di Jalan Semambu di sini hari ini.

KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya melanggar tiang elektrik di Jalan Semambu berhampiran Andorra Peak di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi itu, Chan Sai Ken, 41, yang tinggal Lorong Sri Teruntum di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Kamarulzaman Jusoh berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kenderaan jenis Mazda CX3 dari arah Semambu menghala ke Jalan Berserah.

"Setibanya di tempat kejadian pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar sebatang tiang elektrik di tepi jalan.

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

"Akibat pelanggaran itu pemandu yang cedera di bahagian kepala telah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini hari ini.

Kamarulzaman berkata, mangsa meninggal dunia akibat cedera parah dan mayatnya dihantar ke Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Iklan

"Siasatan lanjut sedang diteruskan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Anuar Hassan berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.