Kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara

Iklan
Mohd Azis Jamman

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman mengesahkan kertas siasatan berhubung kes bekas pegawainya merakam bahagian bawah skirt seorang wanita telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Memetik laporan FMT, Mohd Azis berkata, bekas pegawainya itu berkemungkinan didakwa dan menyerahkan kes kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

"Saya diberitahu dia akan didakwa, jadi kita akan tunggu. Ia terpulang kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini selepas menghantar sekumpulan jemaah untuk menunaikan haji di Makkah.

Pada 8 September tahun lalu, tindakan bekas pegawai kepada Mohd Azis merakam video bahagian bawah skirt petugas wanita di sebuah kedai cermin mata dirakam kamera litar tertutup premis tersebut dan tular di media sosial.

Iklan

Wanita berkenaan kemudiannya telah membuat laporan polis selepas menyedari individu terbabit melakukan perbuatan keji berkenaan.

Mohd Azis kemudiannya mengambil tindakan memecat pegawai berkenaan kerana telah menjejaskan imej dan kredibiliti beliau sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Pejabat Timbalan Menteri.

Iklan