Isu anjing liar masih tiada tindakan

Iklan
Ahmad Mustain memuat naik hantaran di Facebook beliau hari ini.

SABAK BERNAM - Agensi bertanggungjawab diberi tempoh sebulan menyelesaikan isu anjing liar sering berkeliaran sekitar Pekan Sabak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Ahmad Mustain Othman memuat naik hantaran di Facebook peribadinya berkata, jumlah anjing liar yang mengganggu ketenteraman penduduk semakin meningkat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya telah membuat aduan kepada pihak berwajib mengenai perkara berkenaan, namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian.

"Aduan sudah, viral (tular di media sosial) pun sudah.

Iklan

"Malah mesyuarat JKTD (Jawatankuasa Tindakan Daerah) dibincang (tentang isu anjing berkeliaran) tapi masih tiada tindakan," katanya hari ini.

Status itu mendapat pelbagai tanda reaksi dan komen daripada pengendali media sosial lain.

Iklan

Bagaimanapun, Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan maklum balas daripada Majlis Daerah Sabak Bernam berhubung perkara itu.