Australia klasifikasikan kematian Amirul Ashraff sebab tergelincir

Iklan
Amirul Ashraff

SHAH ALAM - Pihak berkuasa Sydney, Australia mengklasifikasikan kematian penuntut Malaysia, Allahyarham Amirul Ashraff Md Azhar disebabkan tergelincir dari bangunan iaitu kediamannya.

Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam satu kenyataan berkata, pegawainya ke lokasi kejadian selepas menerima laporan bagi tujuan pengecaman.

Iklan
Iklan

"Pegawai Mara Luar Negara di Australia telah bergegas ke tempat kejadian sejurus kejadian tersebut dilaporkan untuk tindakan pengecaman.

"Pihak Mara dengan bantuan kedutaan akan berusaha memastikan urusan membawa pulang jenazah dapat dilakukan secepat mungkin selepas proses postmortem dilaksanakan yang dijangka akan selesai dalam waktu terdekat," katanya hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Penuntut Malaysia maut jatuh pangsapuri di Australia

Mengulas lanjut, Mara berkata, pihaknya akan menguruskan proses membawa pulang jenazah Allahyarham Amirul Ashraff sehinggalah diserahkan kepada keluarga jenazah bagi urusan pengebumian.

Iklan

"Allahyarham berasal dari Taiping, Perak ialah pelajar tahun akhir di University of Technology Sydney dalam bidang Ijazah Kejuruteraan Mekatronik yang juga merupakan bekas pelajar MRSM Langkawi.

"Pihak Mara mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Amirul Ashraff," katanya.