Isteri hamil mengidam nasi lemak di atas awan!

Iklan
Paparan skrin Twitter Air Asia Indonesia.

NASI lemak antara hidangan wajib rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Mengapa tidak, nasi lemak bukan sahaja sesuai dimakan untuk sarapan pagi, tengah hari mahupun makan malam.

Iklan
Iklan

Malah realitinya nasi lemak ini boleh dijamu bila-bila masa tidak kira lokasi termasuk berada di atas awan sekali pun.

Makanan enak yang lengkap dengan semua perasa dan mengenyangkan ini antara hidangan panas paling popular dalam penerbangan AirAsia.

Iklan

Menerusi Twitter AirAsia Indonesia, menu santan paling banyak dipesan tahun 2018 adalah nasi lemak Pak Nasser.

Sememangnya mereka yang sering terbang bersama syarikat penerbangan tambang murah ini, pasti pernah merasai keenakan nasi lemak Pak Nasser.

Iklan

Versi nasi lemak Pak Nasser hanya boleh didapati jika terbang bersama AirAsia sehinggakan ada yang mengidam untuk mendapatkan ketika di darat.

Pada November lalu, gara-gara isteri kesayangan mengidam, seorang suami terpaksa menggunakan kuasa tular di media sosial untuk membantunya membelikan nasi lemak Pak Nasser bagi memenuhi hajat isterinya itu.

Ternyata kesedapan nasi lemak Pak Nasser tiada tandingan hingga AirAsia Indonesia menyenaraikan sebanyak 126,051 bungkus telah terjual sekali gus menjadikan menu terbanyak dipesan tahun 2018.

Nasi Lemak Pak Nasser dihidangkan bersama sambal cili istimewa Pak Nasser dan rendang ayam, dilengkapi dengan kerangupan ikan bilis, kacang tanah tidak lupa separuh telur rebus.

Teringin makan nasi lemak enak ini?

Boleh buat tempahan sebelum penerbangan bersama AirAsia!