Google, Arm bangunkan teknologi baharu
Iklan
GOOGLE menjalinkan kerjasama dengan Advanced RISC Machine (ARM) untuk membangunkan ciri keselamatan terbaharu, memory tagging extension (MTE) sekali gus mengatasi kelemahan yang dihadapi Android 9 Pie.
Menurut syarikat gergasi antarabangsa itu, Android 9 Pie berdepan masalah disebabkan pepijat keselamatan ingatan dan ciri baharu seperti IntSan instrumentation yang direka khas untuk mengurangkan isu terbabit bagaimanapun hanya boleh dicapai melalui perisian sahaja.