Kereta terbakar, seorang mangsa ditemui rentung
Iklan
SEREMBAN - Seorang mangsa ditemui rentung dalam sebuah kereta jenis Nissan Sentra yang musnah 100 peratus di Taman Jasper Jaya, Seremban jam 9.49 malam tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, bagaimanapun identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.