Nelayan hilang ketika memancing

Iklan
Lokasi nelayan yang jatuh ketika memancing. Gambar kecil, Makhtar

KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan hilang di laut selepas terjatuh ketika memancing kira-kira 67.7 batu nautika dari muara Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Makthar Ibrahim, 56, terjatuh berhampiran pelantar minyak Dulang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, APMM Terengganu menerima aduan daripada tekong bot nelayan tempatan mengenai kejadian itu telah mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di laut, bermula 11.25 pagi semalam.

"Operasi SAR itu meliputi keluasan sebanyak 386.5 batu nautika dari tempat kejadian melibatkan sebuah aset udara jenis Bombardier, kapal KM Pekan dan kapal KM Gemia dari APMM.

Iklan

"Turut sama terlibat dalam usaha pencarian adalah aset dari Tentera Laut Diraja Malaysia iaitu KD Pahang,” katanya.

Lokasi SAR oleh pasukan penyelamat.

Beliau berkata, mangsa berasal dari Kampong Gong Pak Jin, Mengabang Telipot merupakan salah seorang awak-awak dari bot nelayan tempatan.

Iklan

Sementara itu, Muhammad Suffi turut menyeru orang ramai yang ingin melakukan sebarang aktiviti di laut sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan dan sebarang aduan serta kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999.