Kekal hubungan baik dalam PH

Iklan
Sebahagian ahli Amanah yang menghadiri Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Bachok di Dewan Al Falah, Sekolah Menengah Kebangsaan Badak di sini semalam.

BACHOK - Ahli parti Amanah di seluruh negara diminta menjaga serta mengekalkan hubungan baik dengan rakan dari parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden Amanah, Datuk Hasanuddin Yunoh berkata, persefahaman perlu dikekalkan bagi menjamin kekuatan PH dalam mendepani cabaran politik masa kini.

Iklan
Iklan

Katanya, semangat perjuangan ahli mampu memanjangkan hayat penguasaan kerajaan.

"Kerjasama dan persefahaman ini amat penting. Jangan kita pandang remeh perkara ini," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Bachok di Dewan Al Falah, Sekolah Menengah Kebangsaan Badak di sini semalam.

Iklan

Sesi pemilihan sesi 2019-2022 pada mesyuarat itu menyaksikan Khairuddin Omar dipilih sebagai Ketua Kawasan, Zahari Mohd Sidik sebagai Timbalan Ketua, Rosli Mohamed sebagai Naib Ketua 1 dan Mohd Hamapi Hassan sebagai Naib Ketua 2.

Hasanuddin yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat berkata, Amanah Bachok mesti berkerja keras dalam usaha menambah kekuatan parti.

Iklan

"Setiap ahli perlu terus berkerja bagi menarik lebih ramai ahli untuk membina kekuatan," katanya.