44 saman babit remaja bawah umur

Iklan
Polis menyoal siasat remaja ditahan dalam operasi semalam.

KULIM - Sebanyak 44 saman melibatkan 46 kesalahan dikeluarkan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dalam satu operasi di Taman Kulim Hi-Tech Park (KHTP) fasa empat semalam.

Ketua Polis Kulim, Superintendan Mohd Yusof Shaari berkata, lebih 60 jenis motosikal diperiksa dalam operasi berkenaan.

Iklan
Iklan

"90 peratus daripada mereka ditahan merupakan golongan remaja bawah umur.

"Kesalahan dilakukan ialah menunggang motosikal tanpa topi keledar, tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, menunggang motosikal cara berbahaya dan ubah suai motosikal," katanya.

Iklan
Remaja perempuan antara ditahan dalam operasi di Taman Kulim Hi-Tech Park (KHTP) fasa empat semalam.

Beliau berkata, ibu bapa dinasihati mengambil berat aktiviti anak-anak supaya tidak terlibat dengan samseng jalanan.

"Kesalahan samseng jalanan atau menunggang dengan melulu atau membahayakan orang lain boleh dituduh di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara lima tahun dan denda.

Iklan

"Ibu bapa boleh dikenakan hukuman saman sekiranya membenarkan anak-anak bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen," katanya.