BATU PAHAT – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah menahan isi kelapa putih sejuk beku di Tapak Pemeriksaan Jeti Right Base, Kampung Minyak Beku di sini Khamis lalu.
Pengarah MAQIS Johor/Melaka, Siti Nur Ahmad berkata, dalam pemeriksaan kira-kira jam 12 tengah hari itu, pihaknya mendapati pengimport membawa masuk produk tersebut yang tidak mematuhi syarat import yang dinyatakan dalam permit import (IP) yang dikeluarkan oleh MAQIS.