Saya akan usaha baiki kelemahan: MB Johor
Iklan
Dr Sahruddin (tengah) pada Sesi Townhall Isu-isu Semasa Pasir Gudang di Stadium Tertutup Perbandaran Pasir Gudang hari ini.
PASIR GUDANG - Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal menyifatkan insiden pencemaran Sungai Kim Kim dan gangguan kesihatan di Pasir Gudang sebagai ujian yang sangat besar bagi negeri itu.
Menurutnya, tiada siapa menjangkakan peristiwa tersebut boleh terjadi di kawasan Pasir Gudang yang pesat membangun dan penyumbang kepada ekonomi negara serta Johor khususnya.
"Lebih mendukacitakan apabila kita baru sahaja selesai menangani isu pencemaran Sungai Kim Kim yang turut memberi kesan terhadap kesihatan penduduk sekitar kawasan ini.
Iklan
Iklan
"Namun begitu, insiden kedua ini bukanlah berpunca daripada buangan sisa kimia di sungai tersebut. Ia adalah sesuatu yang sangat berbeza,” katanya ketika berucap pada Sesi Townhall Isu-isu Semasa Pasir Gudang di Stadium Tertutup Perbandaran Pasir Gudang di sini hari ini.
Sebagai ketua negeri, Dr Sahruddin berkata, beliau sentiasa mengambil berat dan mengambil tahu perkembangan semasa di Pasir Gudang, malah bertanya keadaan semasa menerusi jabatan dan kementerian berkaitan.
Iklan
Iklan
Selain mengakui berkemungkinan terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki, beliau dengan rendah diri memohon maaf kepada penduduk Pasir Gudang dan berjanji akan berusaha membaiki kelemahan sedia ada.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>