Nyaris maut paragliding terhempas
Iklan
Mangsa sedang menguji paragliding sebelum terjatuh ke atas batu benteng pemecah ombak di Pantai Teluk Lipat, Dungun.
DUNGUN - Seorang lelaki nyaris maut apabila paragliding dinaikinya terhempas ke atas batu benteng pemecah ombak dalam kejadian di Pantai Teluk Lipat di sini semalam.
Mangsa, Muhammad Jambi Ab Ghani, 38, yang juga seorang tentera patah kaki dalam insiden kira-kira jam 7 petang itu.
Iklan
Iklan
Sumber berkata, kejadian berlaku semasa mangsa sedang menguji paragliding di tepi pantai berkenaan bersama beberapa orang rakan.
Mangsa dipercayai gagal mengawal paragliding terbabit selepas dibadai angin kencang ketika penerbangan sebelum terjatuh ke atas benteng pemecah ombak di situ.
Iklan
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Dungun, Kapten Ramlan Ros Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.09 petang.
"Tiga anggota APM bersama sebuah ambulans bergegas ke lokasi kejadian dan menghantar mangsa ke Hospital Dungun.
Iklan
"Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>