Gempa kuat gegar Banten, Indonesia keluar amaran tsunami

Iklan

JAKARTA - Gempa bumi berkekuatan 7.4 magnitud dilaporkan melanda wilayah Indonesia hari ini.

Agensi Meteorologi dan Geofizika (BMKG) berkata, gegaran berlaku sekitar 7.03 malam (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer dan berpusat di barat daya Sumur, Banten.

Iklan
Iklan

Susulan itu, BMKG turut mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk di Banten, Bengkulu, Jawa Barat dan Lampung.

Gegaran turut dirasai di Jakarta dan kawasan sekitarnya. - Agensi

Iklan
Iklan