Warga emas ditahan miliki rokok tanpa cukai
Iklan
Anggota PPMW2 menunjukkan sebahagian daripada rokok tidak bercukai yang dirampas dalam operasi berkenaan.
JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin Wilayah 2 (PPMW2) menahan seorang lelaki berusia 60 tahun kerana didapati menyimpan 151 karton rokok tidak bercukai di kediamannya di Felda Tenggaroh Timur 1, Mersing malam semalam.
Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, tangkapan dilakukan sepasukan anggota dari PPMW2 Mersing, Pengerang dan Johor kira-kira jam 8 malam.
Iklan
Iklan
"Pemeriksaan dalam kediaman suspek itu kemudiannya menemui 151 karton rokok tidak bercukai yang telah disorokkan dalam bilik airnya.
"Dianggarkan kesemua rokok pelbagai jenama yang dirampas ini adalah bernilai RM19,660.20 yang disimpan untuk dijual kepada penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Paul berkata, siasatan berhubung sumber bekalan bahan terlarang itu diperoleh masih dijalankan.
"Bekalan ini dipercayai dari negara jiran, bagaimanapun siasatan masih dijalankan dari negara mana dan laluan mana ia digunakan untuk dibawa masuk.
Iklan
"PPMW2 akan sentiasa memantau dan membanteras kegiatan penyeludupan serta memasarkan rokok tidak sah ini sama ada melibatkan individu atau sindiket,” katanya.
Beliau berkata, tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing untuk proses dokumentasi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>