Tonik baharu Harimau Malaya
Iklan
PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sedia membuka pintu kepada kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar dan pemain sayap lincah Perak, J Partiban mengikuti kem latihan pusat menjelang Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 5 dan 10 September depan.
Partiban yang terkenal dengan gelaran Kinta Express dalam kalangan penyokong The Bos Gaurus telah menampilkan prestasi cemerlang sepanjang saingan Liga Super musim ini sehingga berjaya memukau Cheng Hoe ketika aksi final Piala FA menentang Kedah di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu lalu.