DAP perlu fahami asal usul tulisan jawi

Iklan
Nazri Ngah & Mohd Afif

KUANTAN - Pemimpin DAP perlu faham tulisan jawi digunakan orang Melayu Islam sejak zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka lagi.

Demikian kata Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah bagi mengulas desakan seramai 138 pemimpin akar umbi DAP dan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga daripada DAP terhadap anggota Kabinet kerajaan Persekutuan yang mewakili DAP untuk memantau dan menyekat rancangan bagi menjadikan subjek bahasa jawi sebagai kurikulum tahun empat untuk sekolah vernakular.

Iklan
Iklan

Menurutnya, cadangan itu sepatutnya tidak dipolitikkan dan dijadikan isu apabila ia mahu direalisasikan semula.

"Rakyat dah beri mereka mandat, buatlah kerja baik-baik. Jangan menggugat kedaulatan orang Melayu Islam. Bimbang lebih parah sehingga mengakibatkan rusuhan kaum.

Iklan

Sementara itu, Pengarah Strategik Pemuda UMNO Bahagian Kuantan, Mohd Afif Mohd Anuar berkata, tulisan jawi pernah menjadi tulisan perantaraan di Tanah Melayu suatu ketika dahulu dan digunakan Raja-Raja Melayu di dalam urusan rasmi atau surat-menyurat.

"Saya tidak nampak masalah jika subjek tulisan jawi ini direalisasikan. Ia adalah pendidikan seni tambahan kerana reka bentuk dan cara menulisnya memerlukan bakat serta keazaman.

Iklan

"Kenapa DAP mahu tentang sedangkan kita digalakkan mempelajari pelbagai ilmu, bahasa dan penulisan lama. Sesungguhnya mempelajari apa-apa yang ada kaitan dengan sejarah akan menjadikan diri kita jauh lebih baik," katanya.

Untuk rekod, sebelum wujud media cetak lain di Malaysia, Utusan Malaysia yang dulunya Utusan Melayu pernah menggunakan tulisan jawi sepenuhnya sekali gus membuktikan kaum berbilang bangsa di negara ini tidak mempunyai masalah berhubung perkara ini.

Sesuai dengan saranan Sultan di beberapa negeri, tulisan jawi sudah menjadi 'trend' dan menjadi penunjuk arah di papan-papan tanda di jalan raya.