Baddrol Bakhtiar jadi tetamu istimewa
Iklan
Baddrol (dua dari kiri) menyerahkan bantuan kepada Zulkarnain Md Yusoff (kiri) ketika ditemui di kediamannya Kampung Titi Teras di sini hari ini.
YAN - Kapten Helang Merah, Baddrol Bakhtiar menjadi tetamu istimewa kepada 10 penerima bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam program Santuni Asnaf di Masjid Nurul Iman, Kampung Titi Teras di sini hari ini.
Ketua Bahagian Pembangunan Asnaf LZNK, Ahmad Hambali Mohd Puat berkata, program seumpama ini bukan setakat melibatkan LZNK dan Pejabat Zakat Daerah semata-mata bahkan pelbagai agensi lain turut dijemput untuk turut serta.
Iklan
Iklan
Ahmad Hambali berkata, pihaknya memberi laluan kepada syarikat luar untuk bersama-sama dalam melihat sendiri wang zakat yang disalurkan terus kepada yang memerlukan.
"Alhamdulillah majlis kita hari ini juga dimeriahkan dengan kehadiran bintang bola sepak terkenal tanah air, Baddrol Bakhtiar yang sudi meluangkan masa bersama-sama untuk menziarahi asnaf yang terpilih.
Iklan
"Dalam perkembangan sama pihak LZNK kini mengorak langkah proaktif dengan menawarkan latihan khusus kepada anak-anak di kalangan penerima bantuan bulanan LZNK," katanya.
Terdahulu, Baddrol Bakhtiar yang merupakan kapten pasukan Kedah yang memenangi Piala FA dalam perlawanan pada Sabtu lepas turut tampil sebagai tetamu istimewa dalam bersama-sama memeriahkan program itu.
Iklan
Turut hadir Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Yan, Norasyikin Idris dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Chempedak, Ahmad Nasir.
Ahmad Hambali berkata, sejumlah latihan ditawarkan kepada anak-anak asnaf di Kedah dengan harapan mereka dapat menambah kemahiran dan meluaskan perniagaan demi membantu keluarga masing-masing.
Katanya, sehingga kini ramai usahawan kecil yang menerima bantuan jayadiri LZNK telah dibantu yang mana seramai 12 orang sudah membayar zakat hasil bantuan diberikan.
"Mereka inilah yang diistilahkan sebagai yang keluar kepompong asnaf malah LZNK akan terus memantau dan membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka supaya menjadi contoh terbaik," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Agihan dan Pembangunan Asnaf LZNK, Ridzuan Ahmad berkata, pihaknya mengambil inisiatif mengadakan aktiviti itu demi melihat kembali keadaan hidup penerima bantuan LZNK yang sedia ada.
Sehubungan itu, menurut beliau, pihaknya turun padang menziarahi 10 rumah penerima bantuan LZNK demi disantuni sekaligus mendekatkan LZNK dengan masyarakat.
"Kami sememangnya sentiasa membuat pemantauan daripada semasa ke semasa demi melihat kembali kehidupan penerima bantuan LZNK. Zakat Kedah tidak biarkan mereka sebaliknya terus mendekati mereka ini dengan pelbagai cara sama ada dari segi bantuan lain yang layak untuk mereka terima," katanya.
Menurut beliau, usaha berkenaan diambil demi mengeluarkan mereka ini daripada penerima zakat kepada pembayar zakat suatu hari nanti.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.