Polis serbu tiga sarang penagih
Iklan
Antara penagih dadah yang ditahan dalam Ops Ice Breaker semalam.
KEPALA BATAS - Seramai 116 penagih dadah diberkas polis dalam tiga serbuan berasingan di sekitar daerah Seberang Perai Utara di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, Ops Ice Breaker yang dijalankan bermula jam 12 tengah malam itu hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di lokasi tumpuan penagih melepaskan gian mereka.
Iklan
Iklan
Menurutnya, selain kawasan kelapa sawit dan semak, pihaknya juga menyerbu beberapa pondok nelayan.
"Serbuan dilakukan di tiga sarang penagih di Kampung Bakau Tua, Kuala Muda; Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal Tasek Gelugor dan Kampung Pekan Darat.
Iklan
"Dalam operasi yang dilakukan selama tempoh 24 jam itu, seramai 116 orang terdiri daripada pengedar dan penagih dadah berusia antara 60 hingga 18 tahun ditahan," katanya ketika dihubungi di sini.
Serbuan turut dilakukan di ladang kelapa sawit.
Noorzainy berkata, polis turut merampas bahan yang disyaki dadah iaitu heroin seberat 60.1 gram (g), syabu (20g) dan ganja (2.3g) dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM5,500.
Iklan
Katanya, ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap suspek turut mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamin, morfin dan THC.
"Kesemua mereka yang ditahan bekerja sebagai buruh, nelayan dan juga penganggur dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPU untuk tindakan lanjut," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>