Pesakit kanser rai pasukan Lang Merah
Iklan
Muhammad Faridz bergambar dengan Jonathan selepas Majlis Perarakan dan Sambutan Kemenangan Shopee Piala FA 2019 di Wisma Darul Aman hari ini.
SEORANG pesakit kanser sanggup datang jauh dari Kuala Perlis semata-mata mahu meraikan pemain bola sepak Kedah yang muncul juara Piala FA.
Muhammad Faridz Izwan Abu Seman, 14, tidak mahu melepaskan peluang bertemu idolanya walaupun tidak sihat akibat penyakit kanser dihidapinya sejak dua tahun lalu.
Iklan
Iklan
Bapanya, Abu Seman Ismail, 61, berkata, anak bongsu dari enam adik-beradik itu ialah penyokong pasukan Kedah terutamanya Kapten pasukan Kedah, Badrol Bakhtiar.
"Anak turut menjadikan pemain Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim yang juga bekas pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perlis sebagai idola.
Iklan
"Walaupun dia kurang sihat, tapi dia juga tak mahu melepaskan peluang memberi sokongan kepada pasukan bola disukainya," katanya.
Terdahulu, Muhammad Faridz berkesempatan berjumpa dan bergambar kenangan dengan pemain import Kedah seperti Jonathan Bauman selepas Majlis Perarakan dan Sambutan Kemenangan Shopee Piala FA 2019 di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>