Lelaki maut motosikal terbabas
Iklan
(Gambar kecil, Mohd Aidil)
MELAKA - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas dan terjatuh ke dalam longkang di Taman Teknologi (TTC) Cheng di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Mohd Aidil Yunus, 40, beralamat di Kampung Pasir Puteh Bachang, di sini maut di lokasi kejadian.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.20 petang.
Menurutnya, polis menerima panggilan telefon dari orang awam berhubung satu kemalangan jalan raya di Jalan TTC 1 melibatkan sebuah motosikal jenis Modenas berhampiran Pasaraya Cowboy.
Iklan
"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dari rumah emak saudaranya di Batu Berendam menuju ke arah rumahnya di Bachang.
"Mangsa tiba-tiba tidak dapat mengawal motosikalnya dan terbabas sendiri lalu terjatuh ke dalam longkang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Iklan
Afzanizar berkata, siasatan turut mendapati tiada kesan terbabas di tempat kejadian dan motosikal terlibat masih berada di tempat kejadian.
"Tiada saksi bebas atau rakaman kamera litar tertutup di lokasi bagi menerangkan kemalangan yang berlaku.
"Motosikal mangsa telah dibawa balik ke Balai Trafik Melaka Tengah untuk pemeriksaan Puspakom," katanya.
Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan siasatan lanjut diteruskan bagi mengenal pasti punca kemalangan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.