Kek istimewa buat isteri gemar 'shopping online'

Iklan
Suami hadiahkan kek kotak Amazon untuk isterinya yang gemar berbelanja secara atas talian.- Foto Instagram/emily_mcguire_photography

NORTH CAROLINA - Seorang lelaki dari North Carolina, Amerika Syarikat membuat kejutan istimewa sempena hari jadi isterinya yang gemar membeli-belah secara atas talian.

Pada hari jadi ke-39 Emily McGuire, suaminya Waylon telah menempah sebuah kek khas berbentuk kotak Amazon yang merupakan stor atas talian terbesar.

Iklan
Iklan

Kek tersebut dibuat mengikut butiran kotak Amazon yang sebenar termasuk label penghantaran.

"Apabila anda banyak membeli-belah di Amazon, anda akan mendapat kek kotak Amazon," tulis wanita berkenaan yang berkongsi gambar tersebut di Instagram.

Iklan

Ramai pengguna Instagram memuji Waylon kerana memberikan kejutan unik buat isterinya selain turut menghayati kecantikan kek tersebut. - Agensi

Iklan