Kerajaan AS tutup selagi tiada dana bina tembok sempadan
Iklan
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan penutupan sebahagian kerajaan persekutuan negara itu akan berterusan sehingga tuntutan dana untuk pembinaan tembok sempadan dengan Mexico diluluskan.
Setakat ini, tiada bayangan sama ada agensi kerajaan yang tidak beroperasi akibat kebuntuan politik membabitkan dana tembok Trump akan dibuka semula sejak ditutup Sabtu lalu.