Veteran UMNO Kelantan cedera dikelar, ditetak

Iklan

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Kamarudin Abdullah melalui detik cemas apabila cedera parah ditetak dan dikelar dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku di dalam sebuah kedai kopi yang terletak di Jalan Tengku Chik jam 7.45 malam tadi.

Iklan
Iklan

Punca sebenar kejadian masih belum dapat diketahui.

Veteran UMNO tersebut mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan mengenaik kejadian berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan