Dua gempa bumi gegar Filipina, ragut 5 nyawa
Iklan
MANILA - Lima orang terbunuh dan 12 lagi cedera dalam dua gempa bumi yang melanda kepulauan Batanes di utara pulau Luzon, Filipina pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua.
Gabenor Batanes, Marilou Cayco, memberitahu media tempatan seramai lima dilaporkan maut dan 12 lagi cedera dalam gempa pertama berukuran 5.4 magnitud yang berlaku Sabtu. Gegaran turut merosakkan sebuah gereja lama dan kediaman, tambah beliau.