Rogol: Polis nafi tiada tindakan diambil terhadap Exco

Iklan
Razarudin

IPOH - Polis menafikan dakwaan tiada tangkapan dilakukan terhadap seorang Exco Kerajaan Negeri yang dikaitkan dengan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, terdapat beberapa dakwaan tidak benar telah disebarkan yang boleh menjejaskan siasatan.

Iklan
Iklan

"Polis menerima laporan daripada mangsa 8 Julai lalu dan tangkapan telah dilakukan terhadap suspek bagi membantu siasatan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

"Hasil kerjasama suspek, polis berjaya melengkapkan siasatan ke atas suspek dalam tempoh 24 jam dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan telah dikembalikan bagi mendapatkan laporan daripada pakar perubatan dan jabatan kimia.

"Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi terhadap kes ini yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang berjalan.

Iklan

"Pihak polis akan memastikan siasatan tersebut dijalankan mengikut undang-undang serta kuasa-kuasa yang diberikan dengan telus, adil dan amanah,” katanya.

Akhbar melaporkan, Exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong dikaitkan dengan tuduhan itu selepas seorang wanita membuat laporan polis mendakwa dirogol ADUN Tronoh pada 8 Julai lalu.

Wanita terbabit mendakwa telah dirogol di rumah majikannya di Meru Raya sehari sebelum laporan dibuat dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.