Sudahlah mencuri, masuk masjid pakai kasut pula!
Iklan
Rakaman CCTV menunjukkan aksi pencuri kipas di Masjid Mukim Kelar yang tular di Facebook.
PASIR MAS - Bukan sahaja mencuri sembilan kipas dinding milik Masjid Mukim Kelar di sini, malah dua lelaki bertindak biadab memasuki masjid berkenaan tanpa menanggalkan kasut dalam kejadian jam 4.21 pagi, Sabtu lalu.
Gelagat dua pencuri yang menutup muka dan salah seorang daripada mereka memakai kopiah berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid tersebut.
Iklan
Iklan
Video itu kemudiannya tular di laman sosial Facebook sejak semalam dan menimbulkan kemarahan warganet.
Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim Kelar, Zakaria Sulaiman berkata, ini bukan kali pertama masjid berkenaan berdepan dengan masalah kecurian.
Iklan
"Jika sebelum ini wang dari tabung masjid telah dicuri, kali ini harta benda masjid pula menjadi mangsa,” katanya.
Menurutnya, dia berharap dua penjenayah itu diberikan hidayah supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut.
Iklan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, polis sedang berusaha mengesan kedua-dua suspek yang terlibat.
"Kita akan terus mempertingkatkan lagi rondaan bagi mengelakkan kejadian ini daripada terus berulang pada masa hadapan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang"><meta itemprop="description" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ancaman #harimau #penorehgetah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T07:53:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqmxuu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqmxuu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqmxuu"></script>