Kejayaan Sungai Ichat jadi penanda aras
Iklan
Dengan segala usaha tegas, serius dan berterusan kerajaan negeri untuk memulihkan kembali Tasik Chini dan sekitarnya yang berkeluasan ribuan hektar berbanding Sungai Ichat, hanya masa akan menentukan Tasik Chini akan benar-benar pulih kembali.
IKA kerajaan negeri boleh melakukannya di Sungai Ichat, Cameron Highlands berkaitan usaha memulihara alam sekitar yang terkesan teruk sebelumnya akibat kerja-kerja perkebunan, maka yang sama pasti dapat dilakukan di Tasik Chini, Pekan.
JIKA kerajaan negeri boleh melakukannya di Sungai Ichat, Cameron Highlands berkaitan usaha memulihara alam sekitar yang terkesan teruk sebelumnya akibat kerja-kerja perkebunan, maka yang sama pasti dapat dilakukan di Tasik Chini, Pekan.
Keyakinan ini bersandarkan hakikat ketegasan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sendiri, disusuli tindakan sama tegas dan konsisten oleh agensi-agensi penguatkuasaan negeri mahupun Persekutuan, seterusnya pelaksanaan pelan-pelan pemuliharaannya.