Empat buah rumah kongsi musnah terbakar

Iklan
Anggota bomba yang bertugas meninjau kawasan kebakaran yang berlaku pagi tadi. - Foto JBPM Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - Empat buah rumah kongsi di tapak pembinaan berhampiran Masjid Ar- Rahah Jalan Kerinchi Kiri 2, Kampung Kerinchi musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, bagaimanapun kejadian pada jam 8.53 pagi itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.