Lalat pun hisap darah?

Iklan
SPESIES lalat yang sering menyerang haiwan ternakan seperti lembu dan kuda.

JIKA berbicara mengenai lalat, pastinya sesiapa akan mengambarkan serangga itu pengotor, pembawa penyakit dan banyak lagi andaian.

Namun tahukah anda bahawa lalat terdiri daripada pelbagai spesies dan mempunyai diet yang berbeza?

Iklan
Iklan

Ada juga lalat yang 'dietnya' bertumpu kepada darah manusia dan haiwan dan sering ditemui di ladang penternakan lembu, kambing dan kuda.

Terdapat dua jenis lalat yang biasa ditemui iaitu lalat kandang ialah bentuk mulut yang berbentuk jarum.

Iklan

Mulut lalat kandang lebih tajam boleh menghisap darah manusia dan haiwan. Jika haiwan dikerumuni lalat itu, ia akan menjadi anemia dan lemah.

Bagi lalat kandang pula, mereka tidak mempunyai mulut yang tajam tetapi lalat betina tetap menghisap darah untuk mendapatkan protien demi proses pembiakan.

Iklan

Menurut perkongsian majalahsains.com, lalat kuda bersaiz besar dan sering menyerang haiwan ternakan seperti lembu, kerbau dan kuda.

Ada juga lalat yang biasa kita lihat seperti:

Lalat rumah

Musca domestica merupakan salah sejenis lalat yang paling biasa ditemui. Kira-kira 90 peratus daripada semua lalat di kawasan perumahan merupakan lalat rumah. Ia sangat terkenal sebagai pembawa kuman yang boleh membawa hampir 100 jenis patogen yang di antaranya termasuk virus, bakteria dan parasit.



Lalat cuka

Sejenis lalat yang tertarik dengan bau buah yang telah rosak dan dengan bau buah rosak yang menyerupai bau cuka (tergolong di bawah famili Drosophilidae).



Lalat buah

Lalat buah mengerumuni buah-buahan segar dan boleh menyebabkan kerugian ekonomi (tergolong di bawah famili Tephritidae).



Lalat longkang

Lalat yang menyerupai kupu-kupu dan sering dijumpai di bilik mandi. Lalat itu juga digelar sebagai lalat limbah, ia tidak berbahaya dan hanya akan menjadi kegusaran apabila populasinya menjadi tinggi.

Walaupun lalat menpunyai reputasi yang buruk, namun ada yang penting untuk sektor pertanian, ekologi, makanan dan perubatan.