'Peniaga jangan nak untung sahaja'
Iklan
Fared Abd Ghani
KOTA BHARU - Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) mahu peniaga agar tidak menjual makanan ringan kepada pelajar sekolah kerana ianya boleh memudaratkan kesihatan.
Yang Dipertuanya, Datuk Seri Dr Fared Abd Ghani berkata, penjualan 'Ghost Smoke Cool Fruit Powder' atau gula-gula asap sebagai contoh tidak boleh dijual sewenang-wenangnya.
Iklan
Iklan
"Sudah tiba masanya peniaga mengambil peduli isu ini, jangan terlalu memikirkan keuntungan sehingga mengabaikan tanggungjawab dalam mendidik masyarakat untuk memilih makanan yang sihat dan berzat,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, gula-gula itu kian popular kerana ia akan mengeluarkan asap seakan-akan menyerupai rokok dan ini yang akan membawa budaya negatif kepada pelajar sekolah.
Iklan
Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil dan pihak berwajib harus memantau dan merampas gula-gula terbabit dari premis yang masih menjualnya.
"Dengan harga yang sangat murah iaitu RM0.50 sahaja, semua orang mampu membelinya dengan mudah.
Iklan
"Apa yang lebih membimbangkan ialah gula-gula tersebut seolah-olah mahu menarik perhatian kanak-kanak untuk meniru gaya menghisap rokok," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>