Kes lepaskan PATI: Reman hakim disambung 5 hari
Iklan
KUALA LUMPUR - Tempoh tahanan reman seorang Hakim Mahkamah Sesyen di Selangor yang tamat semalam, disambung lima hari lagi sehingga Ahad.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata, tempoh reman itu disambung bagi membantu siasatan berkaitan kes melepaskan pendatang tanpa izin.