Dua beradik terselamat dari kebakaran

Iklan
Keadaan kebakaran melibatkan bahagian dapur rumah tersebut.

RAWANG - Dua beradik terselamat dari kebakaran yang berlaku di kediaman mereka di Bandar Tasik Puteri, di sini, dalam kejadian pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11.32 pagi sebelum dua jentera dengan kekuatan tujuh anggota dan pegawai ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setibanya di lokasi, mendapati kebakaran melibatkan bahagian dapur rumah tersebut berkeluasan 300 kaki persegi.

"Anggota bertugas berjaya mengeluarkan remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang lagi mangsa perempuan berusia 15 tahun dikeluarkan oleh orang awam.

Iklan

"Anggota bertugas bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran 'hose reel'," katanya.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Iklan