14 September jadi saksi kerjasama rasmi UMNO-Pas
Iklan
KUALA LUMPUR – UMNO dan Pas sepakat akan menandatangani satu piagam bersama dan memorandum persefahaman untuk bekerjasama (bertaawun) pada 14 September ini.
Dalam satu kenyataan bersama Setiausaha Agung kedua-dua parti itu, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan, UMNO dan Pas telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama antara satu dengan lain dalam mengharungi cabaran arus perdana politik tanah air.
Iklan
Iklan
"Hal demikian, kedua-dua parti telah memuktamadkan dan akan memeteraikan satu piagam bersama dan satu memorandum persefahaman yang telah siap digubal oleh satu jawatankuasa bersama diwujudkan sebelum ini.
"Kedua-dua parti juga telah bersetuju untuk mengadakan satu majlis menandatangani piagam pada Sabtu, 14 September 2019, jam 11 pagi bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),” katanya.
Iklan
Menurutnya, kedua-dua parti memutuskan piagam ini akan ditangani sendiri oleh Presiden kedua-dua parti.
"Majlis bersejarah ini akan dihadiri oleh semua pemimpin UMNO dan Pas dari seluruh negara,” jelasnya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas"><meta itemprop="description" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbdulHadi #Politik #CalonPM #AmerikaSyarikat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-05T12:10:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb462qe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb462qe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb462qe"></script>