Tahukah anda apa itu Akta Pengurusan Strata?

Iklan
Sekiranya anda tinggal di hartanah strata seperti kondominium, anda ketahui mengenai yuran pengurusan. (Gambar hiasan)
SETIAP orang mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri yang didaftarkan atas nama sendiri sebagai pemilik harta.

Namun, dalam usaha mencari kediaman yang sesuai mesti ada yang pernah terbaca istilah hakmilik strata.

Persoalannya, berapa yang tahu apa yang dimaksudkan dengan Hakmilik strata ini? dan apa yang perlu diberi perhatian sebelum membeli hartanah dengan status strata?

Memetik perkongsian maklumat yang diperoleh daripada propertyguru.com menyatakan, 'Strata' merujuk kepada unit yang dipecah bahagi pada berbilang lapisan.

Hakmilik strata merupakan satu bentuk pemilikan untuk bangunan atau blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah yang dibangunkan di atas sebidang tanah.

Contohnya seperti rumah flat, pangsapuri, apartmen, kondominium, townhouse dan rumah-rumah dalam skim berpagar dan berpengawal.

Sementara itu, 'Skim Strata' pula merupakan suatu pembangunan hartanah yang membahagikan bangunan atau tanah kepada petak-petak individu, petak aksesori dan harta bersama yang ditadbir secara badan pentadbir persendirian oleh sistem perbadanan strata yang dikenali sebagai Perbadanan Pengurusan atau Managemant Corporation (MC) yang mana ia terdiri daripada pemilik-pemilik unit di dalam skim strata terlibat.

Andai kata hakmilik strata masih belum dikeluarkan, maka pihak pemaju hendaklah menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) dalam tempoh 12 bulan dari tarikh mengambil kunci rumah.

Dalam strata, petak-petak atau petak individu dikenali juga sebagai unit, iaitu unit setiap rumah pembeli yang boleh jadi ia mempunyai saiz yang berbeza.

Manakala, 'Harta Bersama' pula adalah merujuk kepada mana-mana bahagian lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak.

Contohnya parkir kereta pelawat, lif, tangga, kolam, taman, pondok pegawai keselamatan dan sebagainya.

Sementara 'Petak aksesori' pula merujuk kepada petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya unit hak milik strata.

Hak milik strata sangat penting kerana ia sebagai bukti pemilikan bagi tujuan urus niaga.

Contohnya jual beli, pindah milik, gadaian, cagaran dan pembahagian pusaka. Ia sama seperti geran.

Jika membeli rumah kediaman jenis hakmilik strata, bagaimana?

Memetik perkongsian maklumat daripada www.halalmoney.my menyatakan, jika membeli rumah kediaman jenis ini ia diibaratkan membeli sekali komuniti masyarakat yang dikawal selia oleh undang-undang di bawah Akta Pengurusan Strata.

Sebagai pembeli, bukan sahaja memiliki dan bertanggungjawab untuk unit rumah semata-mata tetapi juga terhadap harta bersama dalam pembangunan atau keseluruhan dalam kawasan perumahan seperti taman, lif, kolam, bangunan, pengawal dan lain-lain.

Apakah Akta Pengurusan Harta Strata?

Sekiranya tinggal di dalam hartanah strata seperti kondominium, pangsapuri atau rumah di dalam komuniti berpagar dan terjaga, di bawah adalah perkara yang perlu ketahui mengenai yuran pengurusan.

Apakah yuran pengurusan?

Berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013 yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2015, atau dikenali sebagai Akta Ketiga Strata 2013 Jadual Ketiga, pemilik harta strata perlu membayar Badan Pengurusan Bersama (JMB) projek supaya badan itu dapat menjaga harta bersama dalam pembangunan.

Siapa diperlukan untuk bayar bayaran pengurusan?