SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan gangguan bekalan air di kesemua kawasan terjejas di Selangor dan Kuala Lumpur ekoran pencemaran diesel di Sungai Selangor telah pulih sepenuhnya.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata pihaknya amat menghargai keprihatinan semua pengguna sepanjang pelaksanaan pemulihan bekalan ekoran insiden yang menyebabkan empat loji rawatan air (LRA) terpaksa dihenti tugas.