Bapa tak mengaku salah rogol anak kandung sehingga hamil

Iklan
Tertuduh mengaku tidak salah merogol anak kandungnya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU - Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan merogol anak kandungnya sehingga disahkan mengandung tujuh minggu.

Bagaimanapun, tertuduh berusia 51 tahun mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa yang juga anak keempat daripada lima beradik itu.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun di sebuah rumah di daerah ini lebih kurang jam 9 malam pada Januari lalu.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan yang memperuntukkan hukuman sehingga 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun, juga dikenakan sebatan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Wan Azimah Yaacob manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 27 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Iklan

Tiada sebarang jaminan ditawarkan oleh mahkamah.

Sebelum ini, Sinar Harian ada melaporkan seorang bapa tergamak merogol anaknya berusia 16 tahun sehingga disahkan mengandung tujuh minggu.

Lebih menyedihkan, lelaki itu menjadikan anak keempat daripada lima beradik ini sebagai tempat memuaskan nafsu sejak mangsa berusia 12 tahun lagi iaitu selepas setahun isterinya meninggal dunia di kediaman mereka di daerah Kuala Terengganu.

Perbuatan terkutuk suspek bagaimanapun terbongkar selepas mangsa menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, kerana mengadu muntah dan sakit di bahagian perut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ratah anak hingga hamil]