Lembu diisi air supaya tambah berat, nampak gemuk

Iklan
Video tular di aplikasi WhatsApp

SHAH ALAM - Menjelang Hari Raya Korban bulan depan, macam-macam cara penternak lembu mahu meraih keuntungan.

Terbaharu, aksi seorang individu menoreh badan lembu lalu mengeluarkan air tular menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Iklan
Iklan

Video berdurasi 53 saat itu dipercayai dirakam di luar negara.

Berdasarkan hantaran ditulis bersama dengan rakaman itu, ia merupakan satu peringatan kepada pihak yang berhasrat melaksanakan ibadah korban.

Iklan

"Ini ada satu info tentang haiwan korban. Mohon waspada sebelum membeli haiwan korban lembu, kerbau atau kambing.

"Sekarang banyak terjadi penipuan. Haiwan yang hendak dijual akan disuntik air terlebih dahulu supaya haiwan ini nampak lebih besar, lebih berat dan kelihatan gemuk," katanya.

Iklan