Pemandu bawa budak atas but kereta ditahan
Iklan
JOHOR BAHRU - [KEMASKINI] Polis telah menahan seorang pemandu kereta jenis Toyota Vios susulan penularan video membawa kanak-kanak di belakang kereta yang sedang bergerak dipercayai di sekitar Pasir Gudang.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, penahanan lelaki berusia 49 tahun itu dibuat di kediamannya di Taman Nusa Damai, Pasir Gudang kira-kira jam 7.45 petang semalam.
Iklan
Iklan
"Polis juga telah merampas kereta jenis Toyota Vios yang dipercayai digunakan semasa kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Ismail berkata, polis juga mendapatkan keterangan daripada dua kanak-kanak yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.
Iklan
[ARTIKEL BERKAITAN: Dua kanak-kanak, pemandu Toyota Vios dicari]
"Kanak-kanak ini berusia 10 hingga 12 tahun yang dipercayai berada di bonet kenderaan itu semasa kejadian. Salah seorang mereka juga merupakan anak kandung kepada pemandu.
Iklan
"Kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan,” katanya.
Beliau berkata, suspek juga diperintahkan menjalani perintah reman selama dua hari bermula hari ini untuk membantu siasatan lanjut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>