Henti politikkan majlis zikir di kediaman Anwar

Iklan
Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Setiausaha Akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tunku Nashrul Tunku Abaidah meminta pihak tertentu agar tidak mempolitikkan Majlis Zikir dan Selawat Nurul Anwar di kediaman Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu malam tadi.

Menurutnya, majlis itu dianjurkan setiap malam Ahad sejak enam bulan lalu.

Iklan
Iklan

"Cubaan mengaitkan penganjuran majlis zikir dan selawat itu sebagai majlis politik adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan amat mengecewakan.

"Seperti dimaklumkan Datuk Seri Anwar, majlis ini hanyalah majlis biasa dianjurkan setiap hari Ahad, malam Isnin sejak enam bulan lalu, sebagaimana tradisinya majlis sama diadakan setiap Khamis malam Jumaat puluhan tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Iklan
Malam tadi, Anwar dan timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan majlis keagamaan secara berasingan pada hari sama.

Mohamed Azmin mengadakan majlis kesyukuran di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, manakala di kediaman Anwar pula berlangsung majlis pelancaran zikir dan selawat.

Dua majlis agama itu diadakan ketika pergeseran antara kedua-dua pemimpin itu sedang hangat diperkatakan.

Iklan

Penganjuran kedua-dua majlis itu juga hadir ketika isu video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri kanan.