Johor tak janjikan projek mega
Iklan
Sheikh Umar
JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor tidak menjanjikan projek-projek mega untuk rakyat sepertimana kerajaan terdahulu, sebaliknya komited untuk menangani masalah semasa seperti"lebihan pembekalan” rumah yang melanda negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, kerajaan negeri berusaha menangani masalah ini dengan bijak dan cermat.
Iklan
Iklan
"Masalah seperti ini akan memberi kesan langsung terhadap kesihatan ekonomi tempatan. Untuk memulihkan keadaan ini, ia bukan sahaja memerlukan masa tetapi suatu perancangan yang teliti dan tuntas,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata antara isu utama yang sedang berlaku di Johor ketika ini khususnya di Wilayah Pembangunan Iskandar ialah isu tawaran premis atau perumahan yang berlebihan berbanding permintaan.
Iklan
Justeru, katanya fokus Belanjawan Johor 2019 adalah untuk memperkukuh daya saing kumpulan penggerak ekonomi tempatan.
"Kami yakin dengan cara ini, kuasa beli rakyat, akan meningkat apabila keupayaan mereka diperkasa. Ini cara kerajaan baharu mengurus dan menggalang pelan pembangunan ekonomi negeri,” katanya.
Iklan
Menurut Sheikh Umar, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, faktor-faktor di dalam kawalan, harus diurus dengan penuh cermat.
"Jangan kerana ghairah untuk melihat perubahan, maka segala data-data ramalan pertumbuhan ekonomi"diusik’ agar kelihatan boleh dicapai dan dilihat ‘cantik’ untuk dilaksanakan,” tambah Adun Paloh itu.
Beliau berkata, demikian ketika mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengambarkan belanjawan kerajaan negeri baru-baru ini kelihatan seperti kerajaan PH tidak tahu mengurus ekonomi negeri.
"Kerajaan PH hari ini baru berumur setahun jagung, tetapi digambarkan dengan sangat jelek. Adakah ini adil bagi seorang tokoh seperti beliau yang banyak jasanya kepada negeri?
"Sungguhpun kami baru setahun jagung, namun usaha menggalang reformasi sistem dalam suasana ekonomi yang lembap seperti hari ini, kami tetap komited dan yakin bahawa belanjawan 2019 adalah jelas menfokus kepada pembangunan yang bersasar,” tambah beliau lagi. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bukan lantikan politik, fokus kebajikan Orang Asli - Marina"><meta itemprop="description" content="Pelantikan Marina Ibrahim sebagai pegawai khas bagi membantu menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di Johor di Yayasan Sultan Ibrahim Johor bukan lantikan politik, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai itu berkata, tanggungjawab berkenaan diterima dengan penuh rasa rendah diri dan menyifatkannya sebagai amanah besar untuk memastikan kebajikan serta kepentingan masyarakat Orang Asli di negeri ini terus diberi perhatian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795046/edisi/johor/bukan-lantikan-politik-fokus-kebajikan-orang-asli---marina
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #OrangAsli #MarinaIbrahim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T06:09:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/e5O8s1gdGDyjEWlIL/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4dyye"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4dyye"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4dyye"></script>