Ruhainies dah bersedia jadi isteri Mr E. Johan

Iklan
Ruhainies

BERSEDIA bakal mengakhiri zaman bujang selepas setahun lebih bercinta, aktres cantik Ruhainies kini sudah bersedia untuk bergelar isteri.

Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas atau lebih dikenali Ruhainies turut mendedahkan nama bakal suaminya, iaitu Mr E. Johan.

Iklan
Iklan

"Nantilah masa bertunang mesti akan tahu juga nama penuhnya (tersenyum). Apa yang boleh saya kongsi setakat ini nama dia Johan,” ujar Ruhainies ketika ditemui pada majlis kejutan sambutan awal ulangtahun kelahiran yang ke-27 tahun di Panggung Asia, Setor Gombak, Kuala Lumpur, semalam.

Meskipun sudah bersedia Ruhainies dan kekasihnya bagaimanapun belum ada ketetapan tarikh.

Iklan
Ruhainies

"Perkenalan kami sudah lama dan tak naklah bercinta lama-lama juga.

"Jadi sebelum berkahwin kami akan bertunang terlebih dahulu kemudian bernikah.

Iklan

"Kami masing-masing sudah bersedia cuma belum ada ketetapan tarikh untuk tunang dan nikah,” jelasnya yang mahu memberi laluan kepada kakaknya yang juga merupakan seorang pelakon, Risteena Munim, 29, untuk berkahwin akhir tahun ini.

Ditanya adakah Ruhainies sudah pergi ke kursus kahwin, ini jawapannya.

"Belum pergi kursus kahwin lagi, yang hari itu Risteena. Tak dapat cam kan? Sebab Ris pakai niqab,” katanya kepada Sinar Harian.