Lelaki dikhuatiri lemas, jatuh laut ketika memancing
Iklan
ALOR SETAR - Seorang lelaki berumur lingkungan 30-an dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh laut ketika memancing ikan di belakang sebuah hotel di Pantai Tengah, Langkawi petang Sabtu.
Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada 7.54 malam tadi dan tiba di lokasi berkenaan lapan minit kemudian.