LRA Rantau Panjang henti tugas ekoran pencemaran bau

Iklan
Abdul Raof Ahmad

SHAH ALAM - Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dihenti tugas ekoran pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Selangor.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, susulan itu, sebanyak 86 kawasan melibatkan 18,200 akaun pelanggan di Wilayah Kuala Selangor dijangka terkesan dengan gangguan bekalan air dah tekanan rendah.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya sedang berusaha untuk mengatasi permasalahan tersebut.

"LRA Rantau Panjang dihenti tugas ekoran pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Selangor.

Iklan

"Sebanyak 86 kawasan melibatkan 18,200 akaun pelanggan di Wilayah Kuala Selangor dijangka terkesan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Air Selangor mengumumkan henti tugas di tiga LRA Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 ekoran pencemaran bau di sumber air mentah di Sungai Selangor.

Iklan

Penutupan tiga loji tersebut dijangka akan memberi kesan kepada lebih sejuta pengguna melibatkan 1133 kawasan sekitar Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor,Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Senarai kawasan terlibat:

KUALA SELANGOR: