Israel bergelut kebakaran hutan besar

Iklan
Kebakaran itu merebak ke kawasan parkir kenderaan di Baitulmaqdis kelmarin.

BAITULMAQDIS - Israel menghantar pasukan bomba dan pesawat untuk mengawal kebakaran berhampiran Baitulmaqdis selepas cuaca panas melampau mencetuskan kebakaran hutan di seluruh wilayah itu.

Jurucakap Kementerian Keselamatan Awam memaklumkan kira-kira 100 kebakaran dilaporkan di Israel sejak beberapa hari lalu.

Iklan
Iklan

"Kira-kira tiga atau empat kawasan terpaksa dipindahkan. Sebanyak 12 pasukan bersama empat pesawat dikerah di Lifta berhampiran lebuh raya utama ke Baitulmaqdis untuk mengawal api marak," katanya.

Perkhidmatan Meteorologi Israel melaporkan kawasan di Sodom berhampiran Laut Mati mencatatkan suhu 49.9 darjah Celsius yang merupakan rekod paling tinggi sejak 1948.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kebakaran besar itu yang mungkin berpunca daripada kecuaian dan diburukkan lagi oleh suhu tinggi, kemarau serta tiupan angin. - AFP