'Hanya dengar khabar angin sahaja'
Iklan
Mohd Khuzzan Abu Bakar
JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar memaklumkan dirinya tidak mempunyai sebarang makluman lanjut mengenai peletakan jawatan Pengerusi PKR Johor, Hassan Abdul Karim baru-baru ini.
Malah katanya, dirinya juga tidak jelas dengan status terkini Ahli Parlimen Pasir Gudang itu memandangkan hanya mendengar dakwaan tersebut menerusi khabar angin sahaja.
"Saya tidak maklum lagi (peletakan jawatan Hassan), ada dengar khabar-khabar sahaja, jadi tidak boleh nak ulas lanjut.
Iklan
Iklan
"Semua jawapan adalah tertakluk kepada keputusan presiden parti (Datuk Seri Anwar Ibrahim), saya juga tidak pasti yang beliau (Hassan) sudah hantar surat rasmi kepadanya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sijil Malaysian Book Of Record (MBOR) kepada Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) setelah menjuarai Liga Super buat tahun keenam berturut-turut di Dataran Bandaraya di sini hari ini.
Iklan
Ditanya sama ada dirinya mempunyai masalah dengan perubahan struktur parti itu, Mohd Khuzzan yang juga Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri memberitahu, dirinya sentiasa bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan.
"Saya sedia dan tidak kisah untuk bekerja dengan sesiapa,” katanya.
Iklan
Terdahulu, Gabungan Ketua Cabang PKR Negeri Johor memaklumkan Hassan telah melepaskan jawatannya melalui kumpulan aplikasi sosial WhatsApp Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Johor pada 11 Julai lalu.
Difahamkan, gabungan itu juga mencadangkan kepada presiden parti supaya melantik Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon sebagai pengerusi baharu, namun masih belum menerima jawapan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>