Shima terkejut tergolong sebagai Asnaf

Iklan

PENYANYI yang terkenal dengan lagu Teringin, Shima, terkejut apabila dimaklumkan beliau kini merupakan seorang Asnaf dan layak menerima bantuan daripada pihak Lembaga Zakat Selangor.

Shima atau nama penuhnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 50, kini berniaga nasi campur di tepi jalan berhampiran dengan flat yang disewanya di Damansara Damai.

Iklan
Iklan

"Walaupun agak memeranjatkan apabila Lembaga Zakat Selangor memaklumkan yang saya layak untuk dikategorikan sebagai Asnaf, tapi itu adalah realiti yang paling sedih perlu saya hadapi.

"Hidup saya sangat susah sekarang, tapi saya masih berharap supaya ada sinar dalam kehidupan yang saya alami sekarang,” katanya seperti yang dilaporkan FMT.

Iklan

Bagaimanapun ujar Shima, disebabkan tahap kesihatan yang tidak beberapa baik akibat sakit saraf, sakit belakang dan terbaharu menghidapi masalah lemah pundi kencing, beliau terpaksa berehat seketika daripada berniaga.

"Menjual nasi campur dengan berdiri dalam keadaan yang lama, dengan keadaan sekarang, mustahil untuk saya lakukannya," katanya yang mendapatkan rawatan secara berkala di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Iklan